Cantik Menarik Tertarik D'Bomb

Tuesday, August 01, 2006

Fakta Lemak

  • Kejadian tekanan darah tinggi dan strok pada individu dengan berat badan berlebihan adalah dua kali lebih tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai berat badan yang sihat.
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko mengalami barah yang lebih tinggi termasuklah barah payudara, rahim, uterus, prostate, usus besar dan buah pinggang.
  • Wanita pertengahan umur yang mempunyai berat badan berlebihan adalah tiga kali lebih kerap diserang penyakit pundit hempedu.
  • Penyakit kencing manis adalah empat kali lebih kerap berlaku kepada individu pertengahan umur yang mempunyai berat badan berlebihan berbanding dengan individu dengan berat badan yang sihat.
  • Lelaki di bawah umur 45 tahun yang mempunyai berat badan berlebihan adalah dua kali lebih kerap diserang penyakit jantung koronori.
  • Kesakitan pada sendi pesakit osteoarthritis yang mempunyai berat badan berlebihan adalah lebih teruk dan sukar dirawat.
  • Masalah berat badan berlebihan yang terlampau mungkin menyebabkan vena varikos, sakit belakang, nafas tercungap-cungap dan juga masalah psikologi.

bnyknye penyakit dari lemak ni....

Cara cepat mengatasi selulit.

cepat mengatasi selulit.

Selulit adalah kelainan struktur jaringan lemak dibawah lapisan kulit. Sel lemak yang mengandungi lemak dan cairan menerima rembesan sisa metabolisme tubuh dari pembuluh darah. Akibatnya timbul seperti tompokan lemak yang menyelinap diantara sel-sel lemak kulit. Keadaannya yang tidak sekata, membuatkan kulit tidak rata dan licin menyerupai kulit limau. Inilah yang dikatakan selulit atau istilah perubatan dikenali sebagai lipodystropy. Benjolan ini biasanya berlaku disekitar ponggong, pangkal paha dan bahu.



Penyebab selulit.

Selulit tidak berlaku dengan begitu mudah dalam sehari. Banyak factor yang menyebabkan hal tersebut berlaku.

Pengedaran darah kurang lancar. Pakaian ketat meransang timbulnya selulit, kerana pakaian ketat boleh menghalang aliran darah.

Kedudukan pembuluh darah kapiler yang tidak seimbang sehingga berlaku perembesan cairan ke dalam jaringan.

Factor hormon, progesterone, estrogen dan testosterones. Hormon progesterone memudahkan terjadinya pengumpulan cairan pada lapisan jaringan. Biasanya pada minggu ketiga edaran menstruasi, progesterone berada pada tahap tinggi. Sedangkan kadar hormon estrogen yang rendah dapat mengakibatkan menurunnya proses pembakaran lemak dan lemak berkecenderungan akan menimbun. Hormon testosterone hanya sedikit kadarnya pada wanita. Namun peranannya cukup penting untuk pembentukkan otot. Berbanding kaum lelaki yang menpunyai kadar hormon testeron yang tinggi. Kurangnya otot di dalam tubuh inilah yang menyebabkan mudahnya tersebar jaringan lemak di dalam tubuh.

Bentuk body (body type). Wanita memiliki bahagian-bahagian tubuh dengan jaringan dibawah kulit yang sangat tebal dan longgar contohnya di bawah pinggul dan perut. Lemak mudah menyerap masuk ke jaringan-jaringan seperti ini, apalagi jika tubuh kurang bergerak.

Tekanan. Keadaan tekanan atau stress boleh mengalakkan detoksifikasi, sehingga racun-racun sisa metabolimse mahupun radikal bebas di dalam tubuh sukar untuk dinyahkan.

Program anti selulit

Selulit tidak boleh dinyahkan dengan satu cara sahaja malah mengambil masa yang agak lama. Lansing tidak menjamin seseorang bebas daripada selulit. Diet yang salah akan memperlambat proses metabolisme boleh mengalakkan kemunculan selulit. Gaya diet yang disarankan dalam memerangi selulit bukan bertujuan untuk menlansingkan badan (walaupun boleh memberikan kesan kepada proses penurunan berat badan), melainkan untuk membangun jaringan yang sihat dan membersihkan tubuh dari racun-racun sisa metabolisme.

Berikut pola yang disarankan.

Ambil makanan berserat yang memudahkan pencernaan.

Minum 8 gelas air sehari. Jus lemon yang diminum pada waktu pagi dapat meransang metabolisme. Jus buah dan sayuran segar digalakkan dalam pemakanan seharian.

Kurangkan pengambilan garam yang berlebihan. Jauhi makanan yang mengandungi MSG.

Jauhi minum kopi

Karbohidrat kompleks seperti nasi dan sereal adalah lebih baik daripada karbohisrat sederhana seperti produk olahan termasuk tepun, gula, mi dan lain-lain.

Suplemen memerangi selulit.

Vitamin C memperkuatkan kolagen

Vitamin E bertindak sebagai antioksida, memerangkap radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh dan melancarkan pengedaran darah.

Vitamin A berfungsi membaharui sel

Vitamin P (bioflavonoid). Vitamin P memperkuat dinding pembuluh kapiler. Vitamin P banyak terkandung dalam buah-buahan citrus.



Sumber: MW

Wanita Dan Selulit

Kurus ataupun gemuk, setiap wanita akan mengalami masalah selulit.Peragawati terkenal yg bertubuh langsing yg menjadi impian setiap wanita pun menghadapi masalah selulit.

Ini kerana wanita sememangnya tercipta sedemikian. Setiap wanita akan mengalami masalah lemak terhimpun walaupun berat badannya tidak meningkat.Bezanya... ..serius ataupun tidak.

Ia mula membentuk ketika wanita menjangkau usia belasan tahun lagi.Kenyataan ini harus diterima & jarang didapati wanita sekurus manapun yg tidak mempunyai selulit. Bagi org kurus ia biasanya tersembunyi di bahagian terselindung spt bahagian dalam & tepi peha, dalam & luar pangkal lengan serta punggung yg menyebabkan badan tidak pejal.

Ia sebenarnya bukan lemak biasa tetapi sejenis lemak yg amat susah utk dihapuskan walaupun dgn diet ketat sekalipun atau bersenam setiap hari.

Selulit adalah lemak yg bercampur air berkumpul serta amat susah utk dihapuskan. Keadaan lemak yg berkumpul kesan berkurangannya kegiatan pembuangan, pertambahan pembentukan bahan buangan dlm tubuh & perubahan pembentukan tisu di lapisan kulit.

Selulit juga disebabkan menopaus, kerap berlaku kepincangan atau keadaan hormon yg tidak seimbang. Namun begitu, selulit juga mungkin berhubung kait dgn genetik, amalan pil perancang, kehamilan, cara hidup & kebiasaan makan.

Bagaimana nak mengesan selulit? Selulit dpt dikesan melalui tempat tertentu & rupa kulit di bahagian berkenaan serta kesukaran yg dihadapi utk mengurangkannya.

Ia mungkin nampak menggelebeh, berbonggol kecil spt kulit limau & pada keadaan yg serius adakalanya berlaku renggangan kulit. Keadaan tidak berubah walaupun berdiet ketat & melakukan senaman berat.

Walau bagaimanapun, berat badan yg turun secara mendadak juga boleh memberi kesan lebih kurang sama. Kulit menggelebeh & tidak pejal. Ini terjadi kerana kehilangan sokongan tisu lemak kesan terlalu mendadak & ia mengambil
masa bagi kulit utk menyesuaikan dgn keadaan baru.

Selulit juga biasanya lebih kerap berlaku kpd wanita yg lebih tua kerana keanjalan kulit yg kian menurun kesan dpd usia & juga berkurangannya pergerakan.

Wanita mempunyai lebih banyak sel lemak berbanding lelaki & selulit hanya di alami oleh kaum wanita. Kehadiran lemak ini ada fungsinya yg tersendiri. Ia membantu tubuh wanita menyesuaikan pertumbuhan ketika hamil, membentuk sbg pelindung bayi ketika di dlm rahim.


Cara Mengatasi Selulit


1. Makan
------------
Walaupun kenyataan menunjukkan makan berlebihan tidak semestinya berakhir dgn selulit & org yg kurus juga mengalaminya, menjaga pemakanan & mengurangkan jumlahnya juga dapat membantu.

Amalkan makan makanan seimbang & kurangkan lemak serta karbohidrat. Lebihkan serat seperti buah-buahan & juga sayur-sayuran. Minum air secukupnya & elakkan berlebihan garam.

Utk mengurangkan takungan air dlm tubuh, boleh cuba sejenis teh diuretic yg boleh membantu melawaskan kencing & seterusnya mengurangkan masalah takungan air dlm badan.


2. Kegiatan
---------------
Bersukan & bersenam membantu merangsang peredaran darah & meningkatkan sistem serta proses pembuangan. Secara tidak langsung membakar lemak.

Sauna & juga mandi wap boleh merangsang peredaran darah & memecah lemak.Lebih berkesan jika disertakan dgn urutan.

Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen diserap ke bahagian tubuh. Pastikan kita mengamalkan cara pernafasan yg betul.


3. Urut
---------
Ia merangsang peredaran darah dan dengan itu secara tidak langsung membantu menghindari lemak dpd berkumpul.

Friday, June 09, 2006

aku demam tiba2 aje..

pelik.. pelik.. tak pernah lah demam macam tu. 2 hari pulak tu MC. selalunya husband aku aje yang asyik demam.. tp sejak aku demam hari selasa tu sampai ke hari ni jumaat selera makan aku memang tak de. so aku harap biarlah selera tu tak de sampai aku kurus.. membantu gak demam ni rupanya.

Monday, June 05, 2006

Nora Lily dan Siti penuhi impian wanita

Oleh Tajaiyah Ihsan

CANTIK, langsing dan sihat bergaya merupakan antara impian hidup wanita tanpa mengira batasan usia. Maka tidak hairanlah ada yang membuat apa sahaja untuk mencapai hasrat di hati.

Ada yang berjaya dan ada juga yang terkandas di tengah jalan. Tidak kurang mereka yang berbelanja beribu ringgit untuk tampil langsing dan anggun.

Menyedari akan keperluan ini membuat dua sahabat berasa terpanggil untuk memenuhi impian wanita di negara ini.

Nora Lily Abd. Aziz dan Datin Siti Zaleha Abd. Halim, kemudiannya menubuhkan syarikat Beezy Beaute bagi merealisasikan hasrat untuk melihat wanita lain pula tampil langsing.

Nora Lily yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Siti Zaleha, Pengarah Pemasaran syarikat sebelum ini sudah pun bergerak cergas dalam Beezy Kreatif.

Kata Lily, “Semuanya bermula selepas membaca berita dan rencana mengenai masalah obesiti melanda di negara-negara rantau ini termasuk Malaysia.

“Selain risiko kegemukan menjejaskan kesihatan, wanita juga mahu kelihatan langsing dan cantik. Kesedaran itu sudah ada di kalangan wanita.”

Akhirnya tercetuslah idea untuk melakukan sesuatu yang positif dalam dunia kecantikan dan kesihatan.

Katanya, beliau dan rakan baiknya, Siti Zaleha kemudiannya mendapatkan khidmat mereka yang pakar bagi menghasilkan makanan tambahan ke arah kelangsingan badan. Maka hadirlah produk harian Max Triem ‘Siang dan Malam’.

Andai digunakan secara teratur, Max Triem mampu menjadikan impian satu realiti seperti yang diidamkan.

Nora Lily menegaskan, pihaknya mendapatkan khidmat pakar dan profesional yang melakukan pembangunan dan penyelidikan untuk menghasilkannya dan memberi kesan yang positif.

Katanya, produk mengurangkan berat badan ini diperkayakan dengan kandungan pembekal tenaga utama, iaitu karbohidrat, protein, lemak, serta serat yang dirumus khas mengikut keperluan harian.

“Ia bagaikan satu ikhtiar dalam membantu wanita yang memerlukannya. Selain mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, kehadiran Max Triem adalah produk yang membantu mengurangkan berat badan,” ujarnya lagi.

Andai digunakan secara berterusan dengan penuh disiplin dan mengikut peraturan, kesan langsing dapat dilihat dalam tempoh tiga bulan.

Selain menghasilkan produk suplemen ini, pihaknya juga mengeluarkan BiGen IQ yang merupakan suplemen untuk kanak-kanak.

Ramuan makanan dan vitamin tambahan yang mengandungi susu skim, kismis, madu, kurma serta pelbagai vitamin membantu mengimbangkan diet, meningkat kecerdasan minda. Selain itu, ia juga boleh memulihkan keletihan dan kelesuan.

Menurutnya, sebagai isteri dan ibu yang berkeluarga, pihaknya berasa puas dan gembira setiap kali mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan mereka.

“Walaupun kami sudah terbabit dalam perniagaan, tetapi berniaga di bidang pengeluaran produk, keperluan keluarga lebih memberi kesan dalam hidup kami.

“Sebabnya kami juga wanita, isteri dan ibu,” ujar Nora Lily lagi.

Nora Lily dan Siti Zaleha yang sebelum ini bekerja di bidang pengiklanan menambah, pengalaman pahit manis bekerja memberi kelebihan serta keyakinan dalam dunia perniagaan.

Malah ia tidak jauh bezanya. Lantaran itulah apabila mereka terlibat dalam perniagaan, mereka dapat berhadapan dengan cabaran. Sudah menjadi adat berniaga, cabarannya bukan kepalang.

Apa yang jelas, komitmen dan fokus tidak berganjak, sokongan suami masing-masing tetap utuh dan teguh. ‘Anak buah’ Beezy Beaute juga begitu komited dengan tanggungjawab yang diberikan.

“Saya dan Siti bersyukur kerana adanya satu dorongan yang mantap membakar semangat kami untuk terus bekerja menjadikan matlamat Beezy Beaute satu kenyataan,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan, Nora Lily menambah matlamat mereka untuk bersama-sama rakan wanita dalam menjana kebahagiaan keluarga.

Sambutan positif daripada pengguna-pengguna produk ini memberi dorongan kepada mereka untuk bekerja keras menghasilkan produk-produk keperluan wanita.

Apabila ditanya mengenai perniagaan yang lain, Nora Lily dan Siti Zaleha menjelaskan, mereka berasa gembira kerana semuanya berjalan lancar.

Seperti kata Siti Zaleha, “Pengalaman bekerja di bidang pengiklanan yang lalu banyak membantu. Pengalaman dan hasil kerja keras yang diberikan nampaknya semakin membuahkan hasil, syukurlah.”

Mengimbas kenangan lalu, kedua-dua wanita itu terus ketawa apabila mengenangkan tujuan asal berhenti kerja adalah kerana mahu menjadi suri rumah sepenuh masa.

Nora Lily menambah, bagaimanapun, lain yang dicita lain pula yang menjadi. Setelah beberapa lama duduk di rumah, timbul pula keinginan berniaga.

Apakah Beezy Beaute berpuas hati dengan pencapaiannya selama ini? Nora Lily dan Siti Zaleha tersenyum manis.

Kata Nora Lily, “Perjalanan kami masih jauh, kami masih baru lagi di bidang ini. Masih banyak yang boleh dilakukan dalam memajukan perniagaan berkaitan dengan wanita.

“Mudah-mudahan Beezy Beaute mampu menjadi jenama keperluan wanita ternama suatu hari nanti,” ujar Nora Lily dan disokong Siti Zaleha.

Tel: 03-42575633 / 03-42576533.

Kurangkan berat badan melalui diet terancang

MENGURUSKAN masalah berat badan merupakan cabaran yang cukup besar bagi mereka yang pernah melaluinya. Bagi yang kurang sabar, jalan mudah adalah dengan mengambil pil pelangsing meskipun mereka menyedari risiko kesihatan yang akan dihadapi.

Justeru, dengan tujuan mendidik orang ramai tentang kaedah pengurusan berat badan yang betul, rangkaian makanan segera berasaskan ayam panggang Kenny Rogers Roaster baru-baru ini melancarkan pertandingan Weight Watch II.

Pertandingan yang masuk tahun kedua itu membabitkan tujuh peserta termasuk wakil media dan dua deejay rangkaian radio Light & Easy, Simon D’Cruz dan Caroline Oh.

Selama lapan minggu para peserta dikehendaki mengikuti program diet pemakanan sihat dan seimbang yang disarankan oleh Kenny Rogers Roasters.

Program disertai dengan latihan kecergasan di California Fitness.

Pengurus Pemasaran Berjaya Roaster (M) Sdn. Bhd., Esther Woo berkata, pertandingan tersebut akan membuktikan bahawa seseorang tidak perlu menanggung seksa menahan lapar atau menelan pil pelangsing semata-mata untuk kurus.

Sebaliknya, mereka masih boleh menikmati makanan seperti biasa tetapi dengan cara yang betul dan dibantu sedikit senaman.

Menurutnya, diet pemakanan yang dicadangkan mengandungi set makanan praktikal yang perlu diambil oleh rakyat Malaysia.

“Ia meliputi makanan yang diambil daripada menu Kenny Rogers Roasters sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

“Para peserta dibekalkan dengan baucer untuk menjamu selera di mana-mana cawangan makanan segera kami,’’ katanya pada majlis pelancaran program itu yang berlangsung di pusat kecergasan California Fitness di Midvalley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Esther, antara set menu yang disarankan ialah sajian ayam panggang atau pasta yang disertai sajian sampingan seperti salad, buah-buahan dan kentang putar.

“Setiap makanan dalam menu kami bukan saja enak tetapi ia sihat. Kami yakin dengan perancangan diet yang baik, disertai pula senaman yang teratur ia dapat membantu mengurangkan berat badan,’’ katanya.

Sementara itu Pengurus Pemasaran California Fitness, Alicia Kok berkata, pihaknya menyediakan jurulatih peribadi berkelayakan yang akan merancang program latihan mengikut kesesuaian setiap peserta.

Katanya, program yang disediakan meliputi latihan pengurangan berat badan, kelenturan tubuh dan kardiovaskular.

“Setiap peserta terlebih dulu akan diukur jumlah berat badan dan ketinggiannya bagi mendapatkan Indeks Jisim Tubuh (BMI), peratusan kandungan lemak yang perlu dihapuskan dan seterusnya bentuk badan yang diingini,’’ katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah pemenang Weight Watch 1, Jessie Lee, yang berkongsi pengalaman yang beliau lalui sebelum ini.

Katanya, pertandingan tersebut telah menjadi batu loncatan untuk beliau memulakan kehidupan baru yang lebih meyakinkan.

“Dalam pertandingan itu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram. Sejak itu juga, kehidupan saya jauh berbeza. Kini saya lebih yakin dengan penampilan diri,’’ katanya.

Sementara itu, hadiah lumayan bernilai RM20,000 menanti pemenang program itu. Hadiah meliputi percutian bersama Berjaya Hotels and Resort, baucer makanan bernilai RM500 daripada Kenny Rogers Roasters, keahlian setahun bernilai RM4,500 di California Fitness, produk kecantikan ZA New York bernilai RM1,000 dan pakaian sukan oleh Adidas.

Makanan tambahan untuk wanita dan kanak-kanak

DIET yang sihat memerlukan pengambilan makanan, vitamin dan gaya hidup yang bersesuaian. Wanita merupakan golongan yang paling mementingkan penjagaan tubuh badan terutama dari segi berat badan.

Bagi wanita yang berkerjaya dan letih dengan kerja seharian, pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dapat membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan secara selamat.

Pengambilan vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E serta kalsium, zat besi, kologen dan beras perang membantu membersih, melajukan pergerakan usus dan mengurangkan berat badan yang berlebihan sehingga mendapat bentuk badan idaman.

Vitamin mampu bertindak secara seimbang dan harmoni dengan badan di samping membekalkan khasiat dan tenaga kepada badan.

Selain itu, ia memberi rasa kekenyangan semula jadi serta amat sesuai untuk sistem pencernaan, menghalus dan memutihkan kulit serta kesihatan seluruh badan.

Produk mengurangkan berat badan seperti Max Triem ‘Siang dan Malam’ keluaran Beezy Beaute kini dapat merealisasikan impian wanita untuk memiliki tubuh badan langsing sekiranya digunakan secara teratur.

Ia diperkayakan dengan kandungan pembekal tenaga utama iaitu karbohidrat, protein dan lemak yang dirumus khas mengikut keperluan kegiatan seharian.

Kanak-kanak juga merupakan golongan yang memerlukan makanan atau vitamin tambahan untuk proses tumbesaran yang sempurna.

Mereka bukan sahaja perlu diberi kasih sayang dan pendidikan tetapi juga pelbagai vitamin serta mineral untuk pembentukan minda yang cergas.

Ramuan makanan tambahan yang mengandungi susu skim, kismis, madu, kurma serta pelbagai vitamin dapat membantu mengimbangkan diet, meningkatkan kecerdasan minda, daya ingatan dan kepintaran serta memulihkan keletihan dan kelesuan.

Menyedari pentingnya kecerdasan badan dan minda kanak-kanak, Beezy Beaute telah memperkenalkan Be GenIQ untuk amalan pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak.

Gaya hidup bantu penuaan yang sihat

Oleh: DR. RAJBANS SINGH

PENINGKATAN usia seharusnya menyeronokkan untuk setiap orang.

Ketika keupayaan fizikal anda mungkin menurun, ia tidak bermakna keupayaan mental anda semestinya berkurangan. Terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan agar ingatan anda sentiasa tajam dan peka. Penyelidik percaya bahawa kebanyakan perubahan yang dikatakan berkait dengan umur yang menjejaskan fikiran, seperti hilang daya ingatan sebenarnya adalah berkait dengan gaya hidup.

Seperti juga otot menjadi menggeleber kerana tidak membuat senaman, otak juga mula menjadi kurang aktif.

Melihat pada bekas pemain piano Sylvia Muehling, adalah sukar untuk mempercayai bahawa wanita ini berusia lapan puluhan.

Walaupun kehilangan penglihatan akibat penyakit degenerasi makula berkait umur lima tahun lalu, Sylvia masih lagi bertenaga dan menjalani gaya hidup aktif yang tidak ramai boleh mengekalkannya.

Beliau berenang 15 pusingan dan melakukan angkat berat dua kali seminggu, berjalan dua batu setiap hari, mengajar muzik untuk kanak-kanak dan terus memberi resital piano setiap minggu.

Bagaimana beliau melakukannya sedangkan rakan sebaya beliau telah hampir tidak berdaya menjalani kehidupan?

“Saya makan cara sihat, bergembira dengan apa yang saya lakukan, sentiasa bersikap positif dan sudah tentu, saya tidak mahu menjadi tua!” kata wanita berusia 85 tahun ini dengan riangnya.

Beliau masih memberi sumbangan kepada masyarakat dan tentu tidak mustahil untuk mempunyai lebih ramai Sylvia di dunia ini. Penuaan adalah suatu proses semula jadi tetapi, anda yang perlu memperlahankannya.

Menurut sebuah teori yang dicadangkan oleh Prof. Denham Harman pada 1954, penuaan adalah hasil daripada pengumpulan perubahan-perubahan yang disebabkan oleh tindak balas dalam tubuh yang dimulakan oleh molekul-molekul yang sangat reaktif dikenali sebagai ‘radikal bebas,’ molekul yang sangat tidak stabil.

Selain daripada proses tubuh yang normal, ia juga boleh terbentuk daripada faktor-faktor alam sekitar seperti radiasi, pencemaran, asap tembakau, dan lain-lain. Oleh itu, perubahan yang disebabkan oleh radikal bebas dipercayai menjadi punca utama penuaan, pembentukan penyakit atau kematian.

Radikal bebas menyerang tubuh secara berterusan dan seperti bunga api, memulakan api yang marak yang membawa kepada kerosakan seterusnya merebak ke tubuh kita. Bagi mengekalkan pertahanan, bekalan antioksidan seseorang mestilah diganti semula sepantas ia habis.

Jika antioksidan berlebihan terdapat dalam tisu, maka radikal bebas kurang berkemungkinan merosakkan sel-sel tersebut. Sumber terbaik antioksidan (vitamin A, C dan E) adalah daripada makanan kita, terutamanya buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan kekacang.

Hari ini, saya menggalakkan pesakit saya melakukan ujian penyukatan radikal bebas (melalui darah atau air kencing). Jika tahapnya adalah tinggi, saya menasihatkan mereka melakukan perubahan pada gaya hidup kerana kesihatan, kesejahteraan dan jangka hayat kita bergantung padanya.

Faktor-faktor yang kita boleh perbaiki secara langsung adalah diet, senaman, tabiat merokok, dan setakat mana diri kita terdedah kepada bahan cemar.

Tidur, pengambilan cecair yang banyak, dan stres berlebihan menjejaskan kadar penuaan kita. Tersenarai di tempat paling atas bagi punca stres adalah kematian pasangan atau anak, kehilangan atau bertukar kerja, krisis kewangan dan berpindah rumah.

Dengan perubahan dalam pemikiran di kalangan generasi lebih tua dan kemajuan baru dalam bioteknologi, menjalani kehidupan yang sihat pada usia 100 tidak berapa lama lagi akan menjadi suatu yang biasa, bukan lagi satu pengecualian dalam alaf ini.

* - (Dr. Rajbans merupakan Pakar Runding Perubatan dan Geriatrik merangkap Presiden Persatuan Penuaan Secara Sihat Malaysia ).
Utusan Malaysia

THE BIGGEST LOSER.. TV8

Malam tadi tengok THE BIGGEST LOSER.. TV8. reality at TV8. pukul 11.15 mlm.. sanggup aku bersekang mata sbb nak tengok tv show ni. ni season 2.. dah ada season 1 rupanya. ni salah sorang yg dah kurus.. dulu beratnya more than 200 pounds.. Andrea Overstreet - season 2.

-------------------------------------------------------
I am so glad to be an inspiration

not only to my children but also to all of you struggling with your weight. I want everyone to know that my battles are never going to be over, even with all of this I have my bad days. Its part of life. Don't beat yourself up if you eat something bad, or don't get to the gym every day. Make better choices tomorrow and most importantly HAVE FUN. Find things that stimulate you. Try new things and take risks. I get bored easily and the gym doesn't always keep my interest. I have found that by changing up my routine and incorporating different types of exercise I have had better results and am able to stay focused. Even if you love the gym it's good to get outdoors especially with summer coming. Go for a jog or find a trail to hike. I am taking yoga 2-3 days a week and started taking a belly dancing class, it's great fun. I'm not very good but I laugh the whole time, and we all know laughter burns calories. I hope you are all having a great week and that you had a peaceful holiday weekend... Andrea :)

Remember Nothing Tastes as Good as Thin Feels.
Andrea Overstreet : )

-------------------------------------------------------

kalau everyday dok exercise aje memang lah boleh slim. kalau normal person cam aku ni.. pergi balik kerja, nak cari masa untuk exercise pun tak de... haha.. bagi alasan aje tu. anyway this is my inspiration. aku dah seminggu tak exercise sbb everyday balik lambat. bangun pagi pun tak larat nak bangun walaupun dengar azan, dengar orang sembahyang, dengar bacaan doa seawal pukuk 5.45 pagi kat apartment aku tu tapi liatnya aku nak bangun. aku kena buat schedule lah. every monday balik cepat sbb nak wat exercise kat rumah.... boleh ke? aku cuma risau boss marah aku balik awal... nanti dia pandang serong kat aku. macam aku tak de kerja. walaupun prinsip tak kisahlah aku nak balik cepat ke lambat ke.. asalkan kerja siap. tp dlm dunia reality.. dunia korporat ni.. jangan haraplah. nampak mcm aku tengah buat alasan kan.. tapi tulah realitynya.

Friday, June 02, 2006

Adakah Berat Badan Anda Merunsingkan?

Daripada lima warga Malaysia, seorang didapati berlebihan berat ataupun obes dan statistik ini semakin bertambah. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai penyakit, antaranya diabetes, strok, penyakit jantung dan masalah ginjal. Tambahan pula, obesiti membawa masalah psikologi seperti mengikis keyakinan diri.

Cara yang lazim digunakan untuk mengelaskan berat badan ialah dengan Indeks Jisim Tubuh (IJT), seperti berikut:
IJT = Berat (kg) / Tinggi (m)²

Tentukan status anda dengan hasil yang diperolehi.
Kurang berat IJT <> 30.0

Jika anda berlebihan berat atau obes, berazamlah mencapai berat badan yang lebih sihat. Sebelum anda memulakan sebarang program menghilangkan berat badan, fahamilah bahawa obesiti disebabkan pengambilan terlalu banyak kalori (dalam makanan dan minuman) serta kekurangan aktiviti untuk suatu jangka masa. Jadi, untuk menurunkan berat badan, anda perlu lebih aktif di samping mengurangkan pengambilan kalori. Akan tetapi, diet mendadak yang mengehadkan sangat kalori dan nutrien tidak disyorkan. Sebenarnya, kehilangan berat badan yang selamat cuma 0.5 – 1kg/minggu.

Tumpuan kini terhadap masalah berat badan pasti telah menyedarkan anda tentang makanan yang perlu dielakkan iaitu makanan yang banyak lemak atau gula. Namun, terdapat juga cara-cara lain untuk mencapai bentuk badan yang langsing.

Jangan abaikan masa makan! Pelik? Sebab jika kita terlalu lapar, kita akan lebih kuat makan.

Makan perlahan-lahan. Otak kita memerlukan 15 – 20 minit untuk tahu kita sudah kenyang.

Anda tidak dapat makan apa yang tidak dibeli. Jadi, belilah dengan bijak.

Pesanlah makanan dalam hidangan yang kecil .

Amalkan konsep “tukar-ganti” dan bukan “penahanan”. Jika anda ingin sangat makan sundae coklat, gantikan dengan susu coklat rendah lemak.

Kalau anda tidak suka bersukan, cubalah hobi “aktif” seperti berkebun.

Tiada masa untuk bersenam? Masukkan aktivi dalam rutin harian anda, misalnya lebihkan berjalan daripada memandu.

Akhir sekali, bersabar. Obesiti tidak terjadi dalam satu hari. Justeru itu, masa diperlukan untuk memperbaiki keadaan ini. Lagi satu, kita mestilah realistik. Bermulalah dengan pengharapan yang rendah dan kurangkan berat anda secara mantap.

From : Penulis: Yap Heen Min 24-12-2003
http://www.maggi.com.my/BM/Minda/Adakah+Berat+Badan+Anda+Merunsingkan.htm

Cara Mudah Kurangkan Berat Badan

KUALA LUMPUR: Melihat kepada kebanjiran makanan rendah lemak yang menembusi pasaran, anda pasti terfikir kononnya Malaysia kini dihuni rakyat yang berbadan langsing dan sihat.

Tekaan itu sebenarnya meleset kerana kajian Kementerian Kesihatan daripada 1996 hingga 1997 mendedahkan bahawa 4.4 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan dan 16.6 peratus pula mempunyai berat berlebihan.

Pakar kesihatan menyifatkan kegemukan dan berat berlebihan sebagai satu wabak yang mewujudkan masalah kesihatan utama seperti penyakit jantung, hipertensi, kolesterol tinggi, kencing manis, sakit sendi atau osteoartritis, angin ahmar atau strok, gout dan susah tidur.

Kini, mereka yang menghadapi masalah itu berusaha bersungguh-sungguh mengurangkan berat badan dengan cara berdiet. Wang dibelanjakan untuk membeli buku mengenai cara-cara berdiet dan mereka sanggup menyokong industri itu yang antaranya menawarkan makanan berdiet, pusat-pusat kesihatan, penahan selera makan dan peralatan senaman.

Namun, bagi mereka yang belum bersedia untuk mengamalkan cara berdiet, usah bimbang kerana terdapat beberapa panduan yang boleh membantu menyusutkan berat badan apabila anda berada di atas timbangan.

Pokok pangkal: Perancangan, sikap, senaman dan cara berfikir.

JADILAH SEORANG YANG BERPERANCANGAN

Anda pasti sudah mendengar ungkapan berbunyi: "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal". Ramai di antara pakar-pakar mengurangkan berat badan bersetuju bahawa merancang, dalam apa jua cara, membezakan antara strategi mengurangkan berat badan yang berjaya dengan yang tidak.

Jika anda tetapkan matlamat tetapi anda tidak membuat perancangan untuk mencapainya, anda pasti akan berada pada tahap lama.

Seandainya anda berada di pasaraya, pastikan anda kawal keinginan anda, terutamanya apabila terhidu bau yang menyelerakan dan menggoda selera. Seelok-eloknya makanlah dahulu sebelum melangkah keluar supaya anda dapat mengawal nafsu makan.

Jangan sekali-kali keluar membeli-belah dengan perut kosong, dan jangan membeli-belah sehingga anda kehabisan wang. Rancang snek yang memenuhi pelan kalori anda.

Rumah adalah satu-satunya tempat di mana anda tahu apa yang patut anda makan. Tetapi jika gaya hidup anda cenderung pada makan di luar atau makanan segera, pilihlah makanan yang rendah lemak dan rendah kalori untuk menu anda.

UBAH SIKAP ANDA

Mengubah gaya hidup bermakna mengubah sikap anda terhadap beberapa perkara. Bersedia untuk menggabungkan ide-ide baru bagi membantu anda mengubah tabiat lama.

Tetapkan matlamat dan keutamaan. Simpan catatan yang mencatitkan apa, bila dan berapa banyak yang anda makan, begitu juga dengan selera anda. Kaji kaitan antara emosi dan diet anda. Jika kebimbangan menguasai anda untuk makan, daftarlah diri anda ke kelas senaman, bersantai dan pengendalian tekanan.

Teliti stok makanan di pantri dan juga peti sejuk. Ketepikan makanan yang tidak cocok dengan matlamat baru anda untuk mengawal berat badan. Terdapat banyak makanan yang boleh membantu anda mengurangkan kalori tanpa anda mengorbankan cita rasa.

Banyak membaca mengenai mengurangkan berat badan, diet, pemakanan dan senaman. Ia tidak sahaja memberi motivasi malah membekalkan anda dengan ide-ide yang boleh membantu anda menyesuaikan keperluan anda.

Ingat, mereka yang gigih merancang dan membentuk program sendiri adalah yang paling berjaya dalam mengurangkan berat badan.

Ketahui saiz hidangan. Mengira kandungan lemak tidak memadai kerana masih terdapat mereka yang naik berat badan semata-mata dengan memakan makanan rendah-lemak. Adalah penting untuk mengawasi jumlah makanan yang anda makan.

Anda tidak perlu "mengharamkan" makanan yang anda gemari. Jika anda kawal kalori anda, anda masih berpeluang menikmati makanan kegemaran anda. Menyekat makan boleh menyebabkan anda menjadi rakus dan makan mengikut nafsu.

MULAKAN SENAMAN

Dengan mengurangkan aktiviti yang banyak duduk dan menambahkan senaman yang terancang, berat badan pasti susut.

Belajar menyukai latihan lasak. Angkat berat merupakan sejenis senaman yang unik kerana ia menambah kekuatan badan. Manakala senaman aerobik seperti berjalan, joging dan berbasikal adalah untuk membakar lemak.

Dalam pada sesetengah orang memerlukan kaunseling untuk meminta runding cara mengenai mengurangkan berat badan, ada juga yang menggunakan teknik mental yang mudah untuk menanam tabiat yang menyihatkan.

Bagi sesetengah orang, tekanan perasaan mendorong mereka makan lebih. Oleh itu, buat apa sahaja yang diperlukan untuk menyeimbangkan kehidupan anda seperti berjalan atau bertafakur bagi mengurangkan kesan tekanan.

Ramai juga yang bekerja terlalu kuat dan kurang tidur. Mereka akan makan lebih untuk menggantikan kekurangan tidur. Ia mungkin memberi rangsangan yang cepat tetapi akhirnya membuat seseorang tidur berdengkur kerana kekenyangan.

CARA TIDAK MENYAKITKAN UNTUK BERDIET

Lain-lain cara senaman yang wajar diperhatikan termasuk:
+ Jangan duduk jika anda boleh berdiri - seperti ketika anda bersolek, menseterika pakaian atau bercakap melalui telefon;
+ Amalkan tabiat bergerak. Daripada menghumbankan badan di kerusi untuk menyelesaikan sesuatu masalah, cuba berfikir sambil bergerak-gerak.
+ Jangan duduk lebih daripada satu jam tanpa berdiri, berjalan dan meregangkan badan sekurang-kurangnya lima minit. Anda bukan sahaja membakar kalori yang lebih malah anda akan merasa lebih segar.
+ Jangan gunakan mesin jika anda boleh gunakan kekuatan badan - lif jika ada tangga, kereta jika anda boleh sampai ke sesuatu tempat dengan berbasikal atau berjalan kaki, pengering kain jika anda boleh menggunakan tali di halaman rumah yang boleh membuatkan anda membongkok dan meregangkan badan;
+ Letakkan kereta beberapa blok daripada tempat yang dituju dan berjalan dengan pantas;
+ Jangan humbankan diri anda ke kerusi sebaik sahaja selepas makan malam. Teruskan sesuatu hobi yang ringan seperti melakukan kerja rumah dan cari cara yang boleh membuat anda aktif;
+ Jimatkan wang dan lakukan kerja mencuci dan menggilap kereta sendiri.

Masih memerlukan motivasi? Cuba renungkan: Setiap paun yang susut boleh membantu mengurangkan berbagai penyakit.

Secara ringkas, gemilangkan hidup anda dengan berbadan sihat kerana yang pasti, badan yang langsing adalah menyihatkan. -- Bernama

Bernama.com -Malaysian National News Agency
January 10, 2005 16:51 PM Oleh Rosliwaty Ramly

Monday, May 29, 2006

Selamat Diet aku...

Sabtu ahad lepas, aku hentam makan nasi kenduri kat kenduri cousin aku.. adushhhh.. cam ne ek. tak boleh tahan lah. itu pun 50% aku dah control. kalau tak selalu nya kalau sedara mara punya kenduri kawin mahu aku makan nasi 2-3 kali.. mula2 sebelum pengantin sampai, kemudian lepas pengantin makan.. aku makan sekali nasi lauk pauk pengantin tu.. hahhaa.. tapi kali ni aku control jugak. makan 1 senduk aje. itu pun share dgn fahda. tp risau jugak aku ni..

weekend :
aku buat air carrot + timun..tak sedapnya.. tp aku telan gak. esoknya aku membuang dengan lega. banyak pulak tuh.. :-)
exercise tak sempat buat pun sbb asyik ke sana-ke mari...
kita tengok resulnya nanti ye. Thisweek pulak aku plan nak puasa isnin khamis. tp pagi ni aku dah minum air mineral satu botol.. sbb kehausan yang melampau. khamislah aku puasa.

Friday, May 26, 2006

"Flash Diet"

Breakfast 1 - Buah betik atau tembikai, anggur,apricort, strawberry dan mango Semua buah-buahan ini dikenali sebagai "Fat Burnes")

Breakfast 2 -Roti(Boleh dimakan dengan "Peanut Butter")

Lunch - Nasi 1/2 Cawan, Ikan/ayam bakar, Daging (2 kali seminggu), Telur ( 4 biji seminggu), Sayuran

Tea Break - 80 % Protin (Contoh - tandori)

Snacks - Nuts

Dinner - Before 7.30pm, Nasi 20% + Protin 80%

Jenis sayuran yang elok diambil - Brokoli,taugih,bayam,kailan,kubis,sawi & kangkung dimasak tanpa minyak. Cubalah dalam seminggu anda akan dapat merasai perbezaannya. InsyaAllah.
Nenek nak nasihatkan sikit pasal ubat-ubatan atau jamu kurus ni. Janganle memudharatkan diri semata-mata nak cantik. Cubalah usaha yang lebih sedikit seperti bersenam, pergi gym ke, control diet. Memanglah ambil masa yang lama sikit.. tapi selamat.

Bersenam contohnya.. ajak suami atau pasangan anda. Selain berpeluh, dapatlah bersama-sama meluangkan masa kualiti dengan pasangan anda. Takle.. dia jeling kat orang lain.

Makan pulak tu ..bukan tak boleh makan. Tapi makan berpada-pada ambil sunah Nabi Muhamad s.a.w - Makan tapi stop apabila rasa sedap. Haa... boleh ke buat tu?
Tengah sedap beb... tiba-tiba nak renti?

Disini nenek turunkan petua nenek untuk kurus.
a) Jangan makan nasi (karbo) banyak. Banyakkan buah-buahan
b) Makan malam mestilah 4 jam sebelum tidur.
c) Beli daun pegaga.. Kat pasar malam tu melambak.. murah aje. Daun pegaga ni bukan saja untuk kurus tapi untuk awet muda. (nenek dapat petua ni dari Seniwati Sarimah). Basuh daun pegaga tapi jangan buang akarnya. Lepas tu blend sama akarnya dengan air. Tapis airnya dan minum. Jangan pulak bubuh gula..
d) Pergi gymn. Dapat juga menjamu mata gitu..

It sounds so easy but yet so difficult. You really.. really got to have a courage to do this. Tell Yes to yourself and success is all yours. Happy trying!
-Nenek Kebayan-

Wednesday, May 24, 2006

Senaman Membakar Kalori

from : http://www.labuan.com.my/forum/index.php
actually artikel ni untuk lelaki tapi boleh juga digunapakai oleh wanita...

Biarpun anda hanya berjalan-jalan untuk ke sesuatu tempat, tetapi setiap pergerakan yang dilakukan sebenarnya telah membuatkan jantung anda bergerak dan lebih aktif. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang suka bersenam demi menjaga kesihatan, bonusnya ia akan membakar lemak, membentuk otot serta latihan bagi kardiovaskular.

Jumlah kalori yang dibakar selama bersenam berdasarkan pada banyak faktor, termasuk berat badan, jumlah olahraga, tingkat tenaga dan metabolisme. Nilai yang diberikan untuk sejumlah kalori yang dibakar per jamnya dalam senaman berdasarkan pada rata-rata lelaki dengan berat badan 170 paun.

1. BERJALAN KAKI
Jalan kaki merupakan latihan yang baik sebagai permulaan dalam diari anda. Mulakan dengan berjalan kaki selama satu jam di waktu pagi. Untuk hasil terbaik, jagalah detik jantung anda pada 70 peratus dari detik jantung maksimum ( detik jantung maksimum sama dengan 220 dikurangi usia anda ). Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori.

2. BERLARI
Berlari dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan merupakan cara yang baik untuk membakar lemak tubuh. Namun, berlari dalam waktu yang cukup panjang boleh menyebabkan kekuatan otot hilang dan cedera akibat sering digunakan. Berlari setempat dapat menguatkan kelompok otot dalam kaki termasuk otot-otot yang terdapat di paha. Berlari selama satu jam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih kurang 760 kalori.

3. MENDAKI BUKIT
Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori.

4. PERMAINAN RAKET
Seperti tenis dan badminton yang akan membuatkan otot-otot paha, lengan, bahu dan punggung bekerja secara serentak. Inginkan hasil yang terbaik, carilah pasangan yang memiliki kemampuan sama dengan anda. Satu jam berolahraga akan membakar sekitar 780 kalori.

5. REGANGAN
Cara yang paling mudah dan anda boleh melakukan regangan sambil menonton televisyen atau di bilik tidur. Mengerakkan kaki dan tangan selama setengah jam juga mampu mencegah kecederaan otot sebelum berolahraga.

6. BERENANG
Sesuai buat lelaki yang benar-benar ingin menjaga perut mereka daripada boroi. Berenang membuat semua otot tubuh bekerja dan variasikan gaya renang anda ( gaya dada, kuak lentang dan kupu-kupu ) sehingga membantu anda memperoleh hasil maksimum dari olahraga ini. Satu jam berenang dapat membakar 460 kalori.

7. PERMAINAN BOLA
Seperti bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan bola baling. Selain menguatkan latihan otot tangan, permainan bola juga memberi kekuatan untuk paha dan bahu anda. Risiko untuk cedera sama dengan olahraga berat yang lain namun keberkesanannya juga tidak diragui. Bermain secara berkumpulan akan memberikan impak yang berguna untuk anda. Satu jam bermain permainan bola akan membakar kalori sebanyak 600 kalori.

8. BOLA SEPAK
Bergantung pada posisi yang anda mainkan, cukup mencabar fizikal dan minda kerana permainannya yang agak kasar dan memakan masa yang panjang. Memang olahraga ini berisiko tinggi kerana kecederaan, namun anda perlu menitikberatkan kesabaran fizikal dan emosi. Satu jam bermain bola sepak dapat membakar 700 kalori.

9. ANGKAT BEBAN
Cara terbaik meningkatkan tenaga dalaman sekaligus membina otot tubuh dan meningkatkan kesihata secara umum. Tetapi harus diingat untuk olahraga angkat beban, anda perlu melakukan latihan regangan sebelum dan setelah berolahraga ini untuk mencegah daripada kecederaan dan memaksimakan kesihatan. Anda dapat membuat setiap kelompok otot untuk bekerja dengan mengangkat beban, tapi bentuk yang tepat cukup penting untuk menurunkan risiko cedera. Untuk memaksimumkan pembentukan otot, lakukan ulangan yang lebih dengan beban yang lebih berat. Satu jam mengangkat beban membakar sebanyak 230 kalori.

Sebagai lelaki yang mementingkan kesihatan, olahraga dan senaman cukup penting biarpun setelah anda berkahwin. Jangan sesekali mengabaikan perkara nan satu ini kerana ia menentukan gaya hidup anda.

Jus untuk Melangsingkan Badan

from : http://sofira.blogspot.com/

Jika kos untuk rawatan serta produk tidak mampu anda penuhi, cuba petua ini untuk mendapatkan tubuh yang langsing.
- 2 biji lobak merah dan 1 biji timun diparut dan diperah airnya.
- Campur dengan 1 biji perahan air limau nipis dan bancuh hingga sebati.
Amalkan meminumnya 2 x sehari sehingga mencapai berat badan ideal.
Wallahu'alam.

How much is the price of your health?

"Priceless..."

Bukan Promosi Tau...!!!

from : http://www.slimming-best.com/

ANDA MENGHADAPI MASALAH BERAT BADAN?
Sukar melangsingkan badan dengan mudah dan selamat sesudah berkahwin
dan mempunyai anak?

Masalah berat badan merupakan masalah yang dihadapi oleh hampir semua wanita yang telah berkahwin apatah lagi yang sudah mempunyai anak. Jika anda adalah salah seorang yang menghadapi masalah ini, jangan gusar, PERCAYALAH, anda tidak keseorangan!

Melainkan anda seorang model yang mengamalkan diet yang ketat, atau mempunyai baka keturunan berbadan kurus, hakikatnya, semua wanita yang sudah berkahwin pasti mendapati sukar untuk menurunkan berat badan kerana faktor usia dan perubahan cara hidup sesudah berkeluarga.

Pernahkan anda mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan tetapi tidak berhasil?. Perlu diingat, kekuatan dan sistem badan anda tidak seperti ketika remaja. Oleh itu, walau bagaimana anda berdiet atau bersenam sekalipun, kesan pengurangan berat badan yang anda alami adalah tidak se'ketara' seperti ketika anda lebih muda

ADAKAH ANDA DI DALAM DILEMA SITUASI BERIKUT?
  • Sukar mengawal selera makan dan mempunyai masalah gastrik jika berlapar?
  • Sibuk bekerja dan menjaga anak sehingga tiada masa untuk menjaga kecantikan tubuh?
  • Tidak bersemangat untuk melangsingkan badan kerana telah cuba beberapa kali tetapi gagal?
  • Malu mengakui keinginan anda untuk melangsingkan badan kerana takut hasrat tersebut tidak akan tercapai?
  • Malu untuk membeli atau membelek-belek produk pelangsingan badan di farmasi kerana sering diganggu oleh jurujual?
  • Sukar membuat pilihan kerana terdapat terlalu banyak produk di pasaran? (Perlu diingatkan, tidak semua produk yang berada di pasaran SELAMAT, HALAL dan DILULUSKAN oleh badan-badan bertauliah terutamanya yang diimport dari negara Asia Tengah)...

Segala soalan dia atas.. jawapannya YA!! Tapi aku memilih cara yang lebih sihat.. iaitu bersenam dan mengawal makanan, mengawal berat badan. aku belum teruja untuk memilih mana-mana product slimming.

Diet Protein

From : http://annhafizah.blogspot.com/2004_12_01_annhafizah_archive.html

“ saya dah setahun tak makan nasi…”
“ berat badan saya dah turun. saya banyak makan makanan berprotein”


macam pernah dengar kan ayat-ayat nie. semua artis Malaysia dah buat macam nie, sana sini aku baca dalam majalah. sekarang diet protein dah jadi macam satu trend. salah satu diet protein yang famous is atkins diet. pastuh ada la muncul protein power, south beach etc.. konsepnya sama, makan protein sahaja, no carbohydrate. makan ayam, telur yadda yadda yadda.

kenapa makan protein boleh kurus kan badan? cerita dia camnie, kalau kita makan, kita perlu tenaga untuk nak proses makanan yang kita makan. so kalau kita makan carbs, carbs tu akan digunakan untuk tenaga. but if we eat protein, so kita akan bakar lemak yang dah ada dalam badan. as easy as that. sebenarnya banyak istilah-istilah saintifik macam ketones la ape la, tapi yang aku faham macam tu la.

kalau dalam atkins, the first 2 weeks yang crucial. nama dia induction. makan ayam, ikan, telur, cheese, butter and all this fattening stuff. makanan paling berlemak yang boleh dicari. setiap masa kena makan. macam apis cakap, mentekedarah! tak boleh makan nasi, roti, jajan. yang penting kena minum air banyak gila, and one suprising thing, tak boleh makan sayur atau buah. langsung. kinda hard to believe that eating all this foods yang dulu kita anggap taboo boleh kuruskan badan, but it works trust me. been there done that.

tapi kalau kita diet protein, meaning kita memang tak boleh makan nasi sampai bila-bila. gila kan? boleh la, tapi tak boleh banyak. sebab tu la ramai artis yang aku baca ‘dah setahun tak makan nasi’. tapi yang pelik tu, zila bakarin tak makan nasi, tapi makan keutiaw goreng. kalau immediately makan carbs, memang naik mendadak. dah nama diet, diet bukan untuk masa sekejap, diet is the way we eat. so nasib badan la.

aku nie, bukan apa la, tapi tau jugak la benda-benda macam nie. makan apa ok, breakfast makan apa, lunch makan apa.. cuma tak kuat semangat je hahah. aku buat atkins masa praktikal, turun la. 7kg in 2 weeks. pastuh makan nasi goreng, dah naik balik. naik yang sampai sekarang tak turun-turun (bertambah ada la hahah). buat atkins bukannya elok sangat. makan ayam banyak sangat boleh buat sakit tulang. makan cheese la, telur 4 biji every morning, dengan butter, hot dog. budak-budak pun tau betapa unhealthynya benda-benda macam tu. there’s no bloody way I’m doing that again..

tapi tak kesah la kalau ada sesiapa nak buat diet protein. aku pun boleh ajar sekali heheh. tapi aku akan cakap awal-awal, dalam 2 minggu boleh turun, tapi kalau tak jaga memang naik la. ada berani?

boleh try ni..?

Let's talk about DIET...

from: http://siparjepun.blogspot.com

Let's talk about DIET. Topik yg agak dull tapi bagi aku ianya menarik sbb aku tengah melalui proses diet sekarang. Belek punya belek, aku terjumpa artikel menarik tentang diet yang sihat ni. So aku paste kat sini untuk kita kongsi bersama. Manalah tahu kat luar tu ramai sebenarnya yang tengah diet tol tak? Alhamdulillah, ada kesan penurunan berat badan aku. Aku start diet ni dah 2 bulan lebih. Ada perubahan nak-nak dari segi keringanan (ringan) badan aku ni. Rasa tak letih, tidur pun nyenyak. Aku harap sangat aku dapat kurangkan berat badan aku sampai 55kg - 60kg. Kedengaran mustahil tapi aku akan cuba buktikan! Ramai staff kat department aku ni yang berjaya kurus tak hengat. Paling aku respect dan teruja dgn sorang mamat sebaya aku kat opis ni. Dulu berat dia 100kg and now dia 71kg! Amazing kan? Kalau dia boleh buat, takkan aku tak boleh betul tak?

Aku sekarang banyak amalkan pemakanan yang seimbang (cewah). Pagi aku amik menu light je. Contohnya cam roti ke, nestum ke takpun paling koman aku makan sup auntie kat Kupang tu (eheks). Dan aku make sure setiap pagi lepas breakfast aku akan makan buah. Tak kiralah buah apa, tapi yg jadik fav aku buah betik ngan jambu. Cuma aku skrg kena lebihkan buah-buahan berserat cam tembikai. Lagi elok untuk sistem penghadaman kita.

Then tengahari aku makan buah je. Kalau lapor sgt barulah aku turun cafe carik apa yang patut. Makan pun dalam kuantiti yang sikit je. Tak macam dulu2 aku pulun baikkk punya! Malam aku cuba tidak makan. Lepas kul 8pm je aku tak makan. Minum je la. Tak minum terus, kering plak air dalam badan aku ni. Dan hari ni aku nak turun GYM lunch time nanti. Aku kiranya NEKAD kali ni. Aku mencabar diri AKU sendiri beb!

Ni kat bawah ni aku pastekan jadual pemakanan yang betul. FOOD PYRAMID. Kalau rasa nak ikut aku berdiet, silalah baca dan amalkan. Insya-Allah, kuruslah kita ;)

5 Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan

1- Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

2- Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.

3- Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.

4- Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.

5- Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan
1- Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.

2- Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.

3- Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.

4- Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.

- Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa.

Diet Semalam...

Aku makan nasi malam tadi.. huwaaa.. sbb aku suapkan anak aku makan, aku sekali makan sama. tp tak bnyk lah sesuap dua aje. malam tadi aku masak ayam masak black pepper kicap. pedas tapi anak aku dengan selamba nya makan. nak chicken.. nak chicken.. sedap sangatlah tu. pas tu aku masak sayur bayam air, husband & anak aku rejected so aku sorang aje lah makan. Banyak pulak tu.. Kira balance lah tu.. makan nasi sikit, sayur banyak.

Okey semalam aku dpt buat exercise 15 minit after balik kerja, berpeluh aku dgn pakai baju kurung tu... hahha.. nak kurus punya pasal. aku rasa skrg aku ada reason utk balik awal dari office. Boleh exercise sementara tunggu hubby & anak balik. dpt 10 minit sehari pun jadilah.

next thing yang aku nak buat : balik awal, tukar baju sport.. pakai sport shoes, turun naik tangga apartment aku yang setinggi 10 tingkat tu. Boleh gitu? hmmm... actually tak payah tunggu balik awal baru boleh buat. bila2 pun boleh... sbb rumah aku tepi tangga & everyday aku & hubby tak guna lift sebaliknya kitorang turun naik tangga 2 tingkat dgn aku mendukung anak. ok set.....!!!

Oh ya.. pagi ni aku dpt exercise 10 minit yang main2.. sbb aku ngantuk tp aku paksa gak bangun. sambil gosok baju, sambil masak air, sambil basuh pinggan.. Hendak seribu daya...!